Hidangan makanan Masakan Zaman Pertengahan

Jamuan yang diadakan di Paris pada 1378 oleh Charles V dari Perancis (tengah, biru) untuk Karl IV, Maharaja Rom Suci (kiri) dan anaknya Wenceslaus IV dari Bohemia. Setiap orang mendapat dua pisau, satu bekas garam, lampin, roti dan pinggan; karya Jean Fouquet, 1455–1460.

Di Eropah pada umumnya melaksanakan dua kali makan sehari: dinner pada pertengahan hari dan supper pada petang hari. Sistem dua kali makan tersebut tetap konsisten sepanjang Zaman Pertengahan akhir. Terdapat juga hidangan makanan yang lebih ringan di antara keduanya yang merupakan perkara biasa, namun menjadi masalah status sosial, sebagaimana mereka yang tidak perlu melakukan kerja-kerja fizikal boleh meninggalkannya.[26] Kaum moralis bermuka masam tentang berbuka puasa, yang dilakukan semalaman, yang terlalu cepat; para jemaah gereja dan bangsawan, yang mengikuti budaya, menghindari hal itu. Bagi sebab-sebab praktikal, para pekerja lelaki tetap mengambil sarapan, dan juga dapat diterima bagi anak kecil, wanita, orang lanjut usia, dan orang sakit. Disebabkan ajaran gereja menentang kerakusan dan kelemahan jasmani (keinginan daging) lain, kaum lelaki cenderung merasa malu yang mengakibatkan rendahnya amalan makan pagi. Jamuan makan pada tengah hari (dinner) dan larut malam (late supper, reresopers, dari bahasa Oksitan: rèire-sopar) yang mewah dengan jumlah minuman beralkohol yang cukup banyak dianggap tidak bermoral. Ini terutamanya dikaitkan dengan adanya judi, bahasa kasar, mabuk, dan tingkah laku tidak senonoh.[27] Makanan kecil dan makanan ringan adalah perkara biasa (walaupun juga tidak disukai oleh gereja), dan para pekerja amnya mendapat faedah atau wang saku dari majikan mereka untuk membeli nuncheon, potongan kecil untuk dimakan semasa waktu rehat.[28]

Adab

Seperti juga hampir semua bahagian kehidupan masyarakat pada zaman itu, satu hidangan makanan abad pertengahan pada umumnya merupakan urusan kemasyarakatan. Segenap bahagian rumah tangga, termasuk para pelayan, secara idealnya akan makan bersama-sama. Diam-diam memisahkan diri untuk membentuk kumpulan tersendiri dianggap sebagai suatu sikap egotisme (seringkali disamakan dengan egoisme) yang angkuh dan tidak berkesan dalam suatu dunia di mana masyarakat mempunyai saling pergantungan yang tinggi. Pada abad ke-13 Robert Grosseteste, seorang biskop England, menasihati Margaret de Quincy, Countess of Lincoln: "janganlah makan utama dan makan lewat malam luar dewan, secara rahsia dan di bilik-bilik peribadi, kerana ini menimbulkan pembaziran dan tiada penghormatan kepada lord dan lady." Dia juga mencadangkan untuk mengawasi para pelayan agar tidak membawa pergi sisa-sisa makanan untuk berpesta ketika larut malam, dan tidak mendermakannya.[27] Menjelang akhir Zaman Pertengahan, orang-orang kaya semakin berusaha untuk keluar dari pengaruh kolektivisme yang ketat ini. Apabila boleh, tuan rumah yang kaya akan menarik diri dengan isterinya ke bilik-bilik peribadi di mana makanan dapat dinikmati dengan sedan hak eksklusif yang lebih besar. Diundang ke sebuah bilik tuan rumah (bangsawan) merupakan suatu kehormatan besar dan dapat dimanfaatkan sebagai salah satu cara untuk menghargai rakan-rakan dan sekutu serta untuk menimbulkan kekaguman bawahan. Ini membolehkan para bangsawan untuk menjarakkan diri daripada isi rumahnya dan untuk menikmati layanan yang lebih mewah, sementara hidangan makanan yang lebih rendah diberikan pada seisi rumah lain yang menikmati makanan di dewan utama. Semasa jamuan makan dan acara penting, lord dan lady biasanya makan di dewan utama bersama-sama dengan yang lain.[29] Walaupun terdapat keterangan mengenai etika (adab) makan pada majlis-majlis khas, hanya sedikit yang diketahui mengenai butiran kebiasaan makan seharian kaum elit ataupun mengenai adab meja rakyat biasa dan kaum miskin. Namun boleh diandaikan bahawa tidak terdapat kemewahan berlebihan dalam kesempatan makan harian, seperti bermacam menu dalam hidnagan berbilang juadah, rempah-rempah yang mewah atau cuci tangan dengan air beraroma.[30]

John, Duke of Berry sedang menikmati makan mewah. Duke duduk di meja tinggi di depan pendiangan, dan para pembantunya sibuk melayani. Di atas meja sebelah kanan adalah sebuah tempat garam dari emas berbentuk sebuah kapal; Très Riches Heures du Duc de Berry, s. 1410.

Pelbagai perkara adalah berbeza bagi orang kaya. Sebelum makan dan di antara penyajian setiap menu makanan, para tetamu disuakan besen kecil dan tuala linen agar mereka dapat mencuci tangan, sebab kebersihan ditekankan. Peraturan sosial ini menjadikan golongan wanita sukar untuk menguatkuasakan kekemasan tanpa cela yang sesuai sambil menikmati kelazatan makanan, sehingga isteri tuan rumah seringkali makan secara peribadi dengan rombongannya atau hanya makan sedikit sekali ketika majlis. Dia kemudian boleh bergabung lagi dalam acara makan hanya selepas dia selesai berurusan dengan makanannya yang berpotensi membuat kacau. Secara keseluruhan, majlis makan rasmi adalah sebuah urusan yang dikuasai kaum lelaki, dan bukanlah hal biasa bagi sesiapa pun untuk membawa isterinya -kecuali tetamu kehormat. Watak hierarki masyarakat diperkuatkan oleh etika di mana yang tingkatan lebih rendah diharapkan untuk membantu yang lebih tinggi, yang muda membantu yang lebih tua, dan lelaki diharapkan memaklumi wanita jika reputasi dan pakaian tercemar disebabkan pengendalian makanan yang tidak wajar. Cawan-cawan minum yang digunakan bersama-sama adalah perkara biasa walaupun pada jamuan mewah bagi semua orang yang duduk di meja makan utama, sebagaimana juga terdapat etika standard memecahkan roti dan menghiriskan daging untuk sesamanya.[31]

Kebanyakan makanan disajikan di atas pinggan atau di dalam periuk rebusan (periuk-belanga), dan orang-orang akan mengambil bahagian mereka dari pinggan dan meletakkannya di atas trencher (berfungsi sebagai pinggan makan) yang diperbuat daripada roti, kayu atau logam dengan bantuan senduk atau tangan kosong. Isi rumah kelas bawahan biasanya memakan makanan terus dari meja. Pisau digunakan di meja, tetapi kebanyakan orang diharapkan membawa pisau masing-masing; hanya tetamu-tetamu yang sangat disukai sahaja yang diberikan pisau. Sebilah pisau biasanya digunakan bersama-sama dengan sekurang-kurangnya satu orang tetamu lain, kecuali orang tersebut tingkatannya sangat tinggi atau kenalan akrab tuan rumah. Garpu makan tidak digunakan secara meluas di Eropah sehingga awal tempoh moden (sebelum Revolusi Industri) dan pada awalnya terhad di Itali sahaja. Malah di sana, garpu baru pada abad ke-14 menjadi biasa di antara orang-orang Itali dari semua kelas sosial. Perubahan perilaku tersebut dapat digambarkan dengan reaksi cara makan Theodora Doukaina, seorang puteri Byzantine, pada akhir abad ke-11. Dia adalah isteri Domenico Selvo, seorang Doge Venice, dan menyebabkan keresahan cukup besar pada antara orang-orang Venice yang ikhlas hati. Sikap keras permaisuri asing tersebut, yang mahukan makanannya dipotong-potong oleh sida-sidanya yang menjadi hambanya dan kemudian memakan potongan makanannya dengan garpu emas, begitu mengejutkan dan membuat resah orang-orang lain sehingga ada yang mendakwa bahawa Petrus Damianus, Biskop Kardinal Ostia, kemudian menafsirkan adab luar yang ditunjukkannya sebagai kesombongan dan menyebutnya "...isteri Doge Venice, yang badannya, selepas makanan istimewa yang berlebihan itu, sepenuhnya hancur seperti debu".[32] Namun hal ini diragui kerana Petrus Damianus meninggal tahun 1072 atau1073,[33] dan perkahwinan mereka (Theodora dan Domenico) terjadi pada tahun 1075.

Rujukan

WikiPedia: Masakan Zaman Pertengahan http://www.sca.org.au/cockatrice/uploads/issue21_p... http://www.kbr.be/~socboll/P-analecta2010.php http://www.godecookery.com/how2cook/howto08a.htm http://books.google.com/books?id=d1GnwwmfvC8C&pg=P... http://books.google.com/books?id=oVJU6ruH7SIC&pg=P... http://www.medievalcookery.com/ http://www.pbm.com/~lindahl/cariadoc/miscellany.ht... http://www.cs.cmu.edu/~pwp/tofi/medieval_english_a... http://people.eku.edu/resorc/Medieval_peasant_diet... http://www.engr.psu.edu/MTAH/articles/pdf/daily_br...